Kejutan Omar & Hana di pagar sekolah

0
178

BANGI 2 Jan. – Kehadiran hari pertama Murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Bandar Baru Bangi di sini dikejutkan dengan penampilan karakter animasi popular, Omar dan Hana.

Aksi figura berwarna-warni itu merupakan sebahagian daripada usaha pihak pengurusan sekolah menyambut dan menceriakan murid pada hari pertama persekolahan.

Guru Besar, Zulkifli Mod. Tahir berkata, inisiatif memperkenalkan watak kartun itu diharap dapat mencetuskan keterujuaan murid pada suasana dan pengalaman di sekolah.

“Kami dapati murid begitu teruja dengan dua watak yang ditampilkan hari ni dan usaha ini akan terus dikekalkan pada masa akan datang.

“Kami juga berharap ia menjadi memori pertama yang indah terhadap sekolah ini iaitu tempat mereka menimba ilmu,” katanya.

Kira-kira 500 pelajar memulakan pembelajaran dalam 12 kelas murid Tahun 1 di sekolah berkenaan yang bermula hari ini.
-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here