Kementerian Pendidikan kaji semula pelaksanaan kasut, stokin hitam

0
230

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengkaji semula pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam secara beransur-ansur pada sesi persekolahan 2019 hingga 2021.

Memetik portal berita Ismaweb.net, dalam satu pekeliling yang diedarkan semalam, Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian kementerian itu, Datuk Mohd. Jamil Mohamed berkata, pihaknya berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk melaksanakan kajian tersebut berdasarkan dapatan yang diperolehi dari pihak sekolah.

“Sehubungan dengan itu kementerian memohon kerjasama pihak sekolah dalam membantu kajian ini dengan melengkapkan maklum balas bagi soalan kajian yang boleh diakses secara dalam talian,” kata kenyataan itu.

Dasar kasut hitam diperkenalkan oleh bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik pada 29 Julai 2018 sebaik sahaja dilantik ke jawatan tersebut.

Pada waktu itu, Maszlee berkata, murid sekolah rendah dan menengah akan memakai kasut hitam mulai 2019 susulan keluhan daripada ibu bapa yang mengadu mengenai kebersihan kasut putih dipakai anak mereka.

Kajian dari kementerian berkenaan pengguna kasut dan stoking hitam dijalankan pada ketika isu pelaksaan tulisan jawi yang ditolak persatuan radikal Cina hebat diperkatakan.

Dengan masyarakat khususnya orang Melayu kini menanti apakah tindakan dari kementerian bagi menyelesaikan permasalah berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here