Kempen BMF lakukan anjakan paradigma

0
82

CYBERJAYA 8 Jan. – Gelombang pertama kempen Buy Muslim First (BMF) yang digerakkan tahun lalu dilihat semakin berjaya dan cemerlang.

Ketua Prasarana Kempen BMF Pembela, Mohd. Nor Izzat Johari berkata, ia dibuat berdasarkan indikator dan perkiraan pihaknya apabila ramai pejuang BMF semakin bersemangat.

“Walau bagaimanapun ada cakap-cakap orang bahawa BMF sendu, itu adalah kerana mereka sendiri terkesan akibat kempen ini.

“Kempen itu juga kemungkinan perniagaan mereka tidak dapat sambutan itu sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa BMF ini sendu,” ujarnya dalam siaran langsung melalui akaun Facebook miliknya hari ini.

Tambah Nor Izzat, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pejuang BMF kerana terus beristiqomah kerana apa yang diperkatakan terus laksanakan.

Dalam pada itu beliau berkata, Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Pembela) akan menerajui kempen tersebut dalam memastikan produk dan perkhidmatan usahawan Islam menjadi keutamaan masyarakat di negara ini.

“Kami (Pembela) sebulat suara menyatakan bahawa akan terus menggerakkan kempen beli produk Muslim secara rasmi, “ katanya sambil memaklumkan melepaskan jawatan sebagai Ketua Seketariat Pembela Ummah hari ini.

Nor Izzat memberitahu, beliau diberi tanggungjawab menggerakkan kempen tersebut supaya terus segar dan mahu produk Muslim terus mendapat tempat di pasaran.

Katanya, kempen BMF tidak berakhir walaupun bukan lagi bergerak lagi dibawah Ummah tapi akan melakukan anjakan paradigma.

Beliau menjelaskan, kempen itu tidak ada kaitan dengan unsur-unsur politik atau berat sebelah atau elemen-elemen politik.

“Kita akan pastikan kempen ini akan mencapai matlamat sebenar, bukan kerana kepentingan peribadi dalam satu-satu pihak.

“Saya harap ini jelas dan Insya-Allah kita akan pastikan BMF akan mencapai matlamat sebenar untuk semua ummah,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here