Kerajaan gantung sementara semua visa pelancong Hubei

0
93

CYBERJAYA – Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei d sekelilingnya berkuat kuasa serta merta.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, penggantungan sementara itu melibatkan  eNTRY (kemudahan tanpa visa), Visa Semasa Ketibaan (Visa on Arrival), e-visa dan visa manual.

Tambah kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan terkini kes jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara China, khususnya di Wilayah Hubei.


“Peringatan kerajaan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan maklumat tidak sah atau palsu berkenaan novel coronavirus ini yang boleh menyebabkan ketidaktenteraman awam,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Tambah kenyataan itu, sejak timbulnya kes jangkitan novel coronavirus 2019 di China minggu lalu, Kerajaan mengikut prosedur-prosedur ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan mendapat nasihat pakar-pakar untuk menghadapi dan membendung jangkitan ini dari merebak dengan meluas.

“Pemantauan dibuat dari semasa ke semasa. Pelbagai pihak sedang melakukan usaha yang terbaik untuk mencegah sebarang penularan,” kata kenyataan itu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here