KKKI:9 individu kongsi rahsia kejayaan perniagaan

0
263

RAUDHAH CITY – Seramai sembilan individu berjaya dan berpengaruh dalam dunia perniagaan akan berkongsi idea serta kejayaan mereka dalam Konvensyen Kewangan Keusahawan Islam (KKKI) yang berlangsung selama dua hari di Ibu pejabat Kumpulan Brainy Bunch di sini bermula esok.

Sembilan individu tersebut akan menceritakan tentang rahsia kejayaan mereka selain berkongsi tip memajukan perniagaan.

Antara individu tersebut ialah Pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Raudhah City, Mohd. Fadzil Hashim; Ikon Usahawan Berjaya, Azlan Al Amin; Certified Master Trainer & Coach NLP, Fadzli Yusof dan Jurutera Forensik Kewangan, Zaidi Ismail.

Selain itu turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Mohd. Firdaus Azharuddin; Principal Irealty, Erman Taib; Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Dr. Razali Othman; Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ketua Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin.

Kesemua individu hebat ini dihimpunkan dalam satu konvokesyen bagi memberi inspirasi, berkongsi ilmu serta pengalaman mereka menerusi tiga fasa iaitu inspirasi dan motivasi; teknikal kewangan dan kewangan serta kesatuan ummah. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here