Koronavirus: Pesakit pulih diberi dos HIV

0
772

CYBERJAYA – Suruhanjaya Kesihatan Bandaraya Shanghai mengesahkan bahawa seorang pesakit yang dijangkiti coronavirus telah pulih dan dikeluarkan daripada hospital.

Memetik laporan Astro Awani, media tempatan China melaporkan wanita berusia 56 tahun yang dikenali sebagai Chen dikatakan telah pulih sepenuhnya daripada virus tersebut.

Koronavirus

Kumpulan doktor yang merawat mangsa dikatakan menjalankan uji kaji dengan memberi dos HIV yang dipercayai berjaya menghentikan virus tersebut terus merebak ke dalam sel badan.

Kajian menunjukkan dos Nelfinavir mampu menurunkan tindakan balas penyebaran virus dalam sel manusia.

Chen menunjukkan reaksi positif dalam sistem pernafasannya selepas ujian CT scan dijalankan diikuti dua ujian darah yang menunjukkan pesakit itu bebas daripada coronavirus.

Dia yang merupakan sebahagian penduduk di Wuhan, China mengalami beberapa gejala selesema pada 10 Januari lalu sebelum dimasukkan ke hospital pada 12 Januari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here