Lantik Menteri Pendidikan dalam kalangan pemimpin Melayu

0
59

CYBERJAYA 5 Jan. – Pelantikan Menteri Pendidikan baharu bagi menggantikan Dr. Maszlee Malik mesti mempunyai minda ke arah memertabatkan agenda dan nilai-nilai Islam.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, pelantikan dalam kalangan pemimpin Melayu Islam amat penting kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam.

Menurut beliau, isu pendidikan adalah isangat kritikal bagi mana-mana negara kerana pendidikan asas penting dalam pembinaan sesebuah negara.

Kata beliau, kualiti dan acuan manusia yang akan dilahir oleh sesebuah negara adalah bergantung kepada bentuk pendidikan yang dilalui.

“Pembinaan jati diri dan kecintaan kepada bangsa dan budaya nasional adalah contoh nilai yang mesti ada.

“Berdasarkan ini maka menteri yang akan dilantik mestilah dalam kalangan orang Melayu Islam yang mempunyai minda ke arah memertabatkan agenda dan nilai yang saya sebutkan di atas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, walaupun ini satu perkara biasa untuk dibincangkan dalam kepimpinan kerajaan (Pakatan Harapan) tetapi tetap berharap agar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak tunduk kepada mana-mana tekanan atau desakan.

“Jadi, saya sangat berharap agar Tun Dr. Mahathir jangan sesekali tunduk dan berkompromi dengan pemimpin tertentu terutamanya dalam soal pendidikan,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here