Legenda NBA, Kobe Bryant maut nahas helikopter

0
154

CYBERJAYA – Legenda sukan bola keranjang, Kobe Bryant maut dalam satu kemalangan ngeri selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Calabasas, California, Amerika Syarikat awal pagi hari ini.

Kobe Bryant

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan, Bryant, 41, bersama lapan yang lain maut dalam nahas tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan isterinya, Vanessa tidak berada dalam helikopter malang tersebut.

Sementara itu, pasukan penyelamat mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran apabila api turut merebak ke kawasan hutan iaitu lokasi di mana helikopter itu terhempas.

Sebuah helikopter penyelamat tiba di lokasi kejadian

Buat masa ini, katanya, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan menasihatkan orang ramai supaya menjauhi lokasi kejadian. -MT

Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here