Malakat Mall buka pendaftaran untuk sertai Karnival Jualan Raya selama tiga bulan

0
1540

RAUDHAH CITY – Pusat beli belah barangan Buy Muslim First (BMF) pertama di Malaysia, Malakat Mall mempelawa usahawan Muslim yang berminat untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan ini untuk mendaftar dalam Karnival Jualan Raya yang pertama kali akan diadakan di pusat beli belah itu.

Menurutnya dalam satu kenyataan, pemilihan vendor dan usahawan akan dibuat berdasarkan siapa yang terlebih dahulu mendaftar kerana lot disediakan adalah terhad.

“Pendaftaran kini dibuka! Tawaran istimewa untuk semua vendor yang berminat untuk menyertai Karnival Jualan [email protected] Mall.

Malakat Mall akan dibuka pada 1 Mac ini

“Rebut peluang ini dan sertai kami sekarang. Lot adalah terhad. First come, First Serve Basis,” katanya.

Tambah kenyataan itu, tarikh karnival itu berlangsung ialah selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Mac sehingga 23 Mei ini.

Katanya, antara yang menarik ialah tiada sewa tapak dikenakan, caj utiliti RM1,000 sebulan, deposit RM1,000 dan perkongsian keuntungan sebanyak 20 peratus.

“Fasiliti yang akan disediakan ialah saiz tapak seluas 10’x10’; satu meja oblong; dua kerusi plastik; satu13amp plugpoint; satu signage gerai dan empat pas vendor,” ujarnya.

Sebahagian peniaga dan pelanggan yang hadir ke Karnival Kembali ke Sekolah pada Disember lalu di Malakat Mall

Sementara itu, katanya, mana-mana vendor yang berminat dan mempunyai pertanyaan boleh klik di
https://bit.ly/356deke.

Malakat Mall yang terletak di CBD3 Cyberjaya di sini bakal dibuka secara rasmi pada 1 Mac ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here