CYBERJAYA – Tindakan sebuah pasar mini di Jerantut, Pahang yang menaikkan kain rentang jawatan kosong dengan syarat memiliki Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) menimbulkan persoalan ramai pihak.
Tindakan pengurusan pasar mini tersebut mengenakan syarat itu selain kelulusan diploma dan ijazah bagi jawatan pengurus cawangan menimbulkan keraguan sama ada sijil UEC sudah diiktiraf.
Seketariat Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Johari menyifatkan perkara tersebut sebagai satu perbuatan tidak bertanggungjawab.
“Pagi ini, saya lihat dengan mata kepala saya sendiri 99 Speedmart meletakkan syarat sebagai pengurus cawangan memerlukan minimum UEC dan bukannya SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).
“Soalan saya, sejak bila UEC diiktiraf di Malaysia?,” soalnya dalam akaun status Facebook miliknya hari ini.
Dalam sekeping gambar yang dimuat naik Izzat memaparkan, pasar mini itu mengiklankan tiga jawatan kosong iaitu sebagai pengurus cawangan, juruwang dan pembantu cawangan.
Untuk pengurus cawangan, pasar mini itu meletakkan syarat minimum memiliki sijil UEC, diploma atau ijazah bagi menyandang kekosongan itu.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan tahun lalu belum membuat keputusan sama ada untuk mengiktiraf UEC atau tidak.
Bekas menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, perkara itu masih lagi dalam peringkat libat urus serta proses mendapatkan pendapat dari pelbagai pihak. – MT
Kita tak yah lah jd hamba kat kedai cina di usahakan kerja sendiri