Menteri dan timbalan kekal guna Proton

0
92

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Menurut Guan Eng, kerajaan juga telah dimaklumkan oleh Proton bahawa jumlah kenderaan itu mencukupi.

“Kita baharu sahaja mendapat pengesahan bahawa ia (kenderaan) mencukupi,” katanya dalam sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya dimaklumkan bahawa kenderaan itu tidak mencukupi dan kerajaan diberi pilihan kedua.

“Tetapi ia mencukupi dan kita akan kekalkan (Proton Perdana),” katanya.

Guan Eng berkata, kontrak pembekalan kenderaan rasmi kerajaan sedang diteliti dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan kerajaan sedang dalam proses melantik sebuah syarikat untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Difahamkan, ia melibatkan peruntukan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng menafikan menteri diberikan elaun parkir RM5,000 dengan menyifatkan maklumat tersebut sebagai palsu.

“Saya tercari juga di manakah peruntukan yang menyebut elaun parkir itu. Kalau ada, saya juga mahu ‘claim’,”katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here