Momota dijangka keluar wad dalam masa terdekat

0
137

CYBERJAYA – Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dan tiga yang lain dijangka akan dibenarkan keluar daripada wad Hospital Putrajaya dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkefly Ahmad berkata, kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan serius selepas pemeriksaan imbasan CT (CT scan) dilakukan.

“Insyaallah mereka akan keluar dalam masa terdekat,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian di sini hari ini.

Terdahulu, Zulkefly bersama Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka meluangkan masa hampir 45 minit melawat kesemua mangsa.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Selain Momota, Pegawai Teknikal BWF, Wiliam Thomas, Pembantu Jurulatih Japan BA, Hirayama Yu dan pegawai fisioterapi Morimoto Akifumi terlibat dalam kejadian tersebut.

Dalam kejadian pada 4.40 pagi itu, van dipandu B. Nageswarau, 24, yang membawa keempat-empat mereka, melanggar belakang lori yang dikatakan sedang bergerak perlahan di KM13.7 Lebuhraya Maju Expressway (MEX).

B. Nageswarau bagaimanapun maut dalam kejadian itu akibat tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here