Murid dijangkiti Influenza-A di Johor kritikal

0
132

JOHOR BAHRU – Nur Dinie Damia, 7, murid tahun satu yang disyaki dijangkiti virus Influenza-A dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Nur Dinie Damia

Bapa kanak-kanak tersebut, Muhammad Nor Ain memaklumkan hasil imbasan yang dilakukan pihak hospital pada tengah hari tadi mendapati anak bongsunya itu mengalami jangkitan pada hati dan telah disahkan mati otak.

Katanya, Nur Dinie dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu selepas kesihatannya semakin merosot ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

“Nur Dinie sebelum ini seorang kanak-kanak yang aktif dan tidak menghidap sebarang penyakit, namun kesihatannya tiba-tiba merudum apabila mengalami demam minggu lalu.

“Hari ketiga demamnya masih tidak kebah menyebabkan saya membawanya ke klinik sebelum disahkan dijangkiti Influenza A dan dirujuk ke sebuah hospital swasta.

“Keadaan Nur Dinie ketika dirawat di hospital swasta juga tidak menunjukkan perubahan di samping mengalami muntah darah menyebabkan dia dirujuk ke HSA sebelum dimasukkan ke dalam ICU bagi pemantauan pakar, ” katanya dipetik dari Facebook portal Voice of Johor.

Jabatan Kesihatan Johor (JKJ) hari ini mengesahkan murid tahun satu yang dirawat di ICU sebuah hospital di negeri ini dijangkiti influenza-A seperti ditularkan dalam media sosial semalam. – MT

Virus influenza-A yang mula menular di negara ini sejak minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here