Muslim DC sasar 1 juta pembekal produk Islam

0
296

RAUDHAH CITY – Penubuhan Muslim Distribution Centre (Muslim DC) menyasarkan keanggotaan sejuta pengeluar dan pengedar berdaftar di peringkat global.

Pengasas Muslim DC, Mohd. Fadzil Hashim berkata, ia diwujudkan sebagai platform berkonsepkan perniagaan kepada perniagaan (B2B) untuk menghimpun pengusaha produk Islam dari seluruh dunia.

Bagi pasaran tempatan, Mohd. Fadzil menyasarkan pendaftaran kira-kira 100,000 usahawan yang akan diperluas melalui pembukaan Malakat Mall pada Mac ini.

“Muslim DC diwujudkan untuk menjadi satu pangkalan data seperti mana Alibaba.com.

“Kita akan memberi keutamaan kepada syarikat-syarikat Islam di seluruh dunia,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Himpunan Pemilik Kedai Muslim, Pelabur Baharu dan Pemilik Produk Muslim di sini hari ini.

Mohd. Fadzil berkata, pengeluar dan pengedar produk kini boleh mendaftar dan memperkenalkan produk mereka dalam laman sesawang www.muslimdc.asia.

“Platform ini sudah tersedia dan kita menyeru supaya usahawan Islam merebut peluang ini khususnya melalui pembukaan Malakat Mall untuk dipasarkan sama ada secara dalam atau luar talian,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai produk perniagaan terbaharu Kumpulan Brainy Bunch itu, Mohd. Fadzil berharap usaha itu dapat memudahkan golongan peruncit dan pelanggan mendapatkan bekalan serta produk pilihan daripada pembekal. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here