Nasib minoriti Muslim jadi agenda Serantau Muslim

0
215

RAUDHAH CITY – Membantu nasib Muslim minoriti di Asia Tenggara merupakan visi utama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim dalam membela golongan itu.

Pengurus besarnya, Mohd. Hakim Mohd. Nor berkata, pembelaan yang dimaksudkan bukan hanya fokus kepada pemberian tempat tinggal, makanan dan minuman semata-mata.

Menurutnya, Islam bangkit dengan misi perjuangan di mana Serantau Muslim memfokuskan kepada empat perkara besar.

“Saya percaya ramai terlibat dengan bantuan kemanusian tetapi bidang pendidikan juga antara aspek penting .

“Serantau Muslim membawa pendidikan alternatif untuk melahirkan pemimpin. Kita mahu orang yang keluar dalam pendidikan ini menjadi seorang khalifah, seorang sahawan, seorang yang inovatif,” katanya yang mahukan mereka  bantu untuk berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hakim Avengers menambah, kewangan Islam hari ini menyebabkan ramai golongan itu menderita kebuluran dan kelaparan akibat tiada kefahaman yang jelas bagaimana kewangan itu berfungsi.

“Kita perlu kembali kepada kaedah kewangan yang betul .

“Kita mahu melahirkan pemimpin yang mana akan membantu nasib orang Islam. Kenapa kita pergi kepada 40 negara, sebab negara-negara yang kita pergi kita pergi kepada ketua-ketua dan  anak-anak muda kerana percaya anak-anak muda,” katanya.

Mengulas mengenai pembinaan ekosistem Islam, beliau mengakui mereka membina banyak ekosistem pada hari ini bukan sekadar buatan manusia.

“Menyedari bahawa kita semua hamba Allah dan khalifah Allah itulah perjuangan Serantau Muslim kita nak bantu melepaskan manusia daripada pelbagai masalah.

“Hari ini kita terbelenggu dengan hutang-hutang jahat jadi perjuangan kita bawa mereka pergi semula kepada bagaimana zaman Rasullullah,” katanya.

Mohd. Hakim antara antara individu berpengaruh yang turut  yang berkongsi cerita dan pengalaman kepada 1,000 usahawan sempena Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam (KKKI) di Ibu pejabat Kumpulan Brainy Bunch di sini.

Program selama dua hari bermula semalam itu turut menampilkanm sembilan individu berjaya dalam perniagaan antaranya Pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Raudhah City, Mohd. Fadzil Hashim; Ikon Usahawan Berjaya, Azlan Al Amin; Certified Master Trainer & Coach NLP, Fadzli Yusof dan Jurutera Forensik Kewangan, Zaidi Ismail.

Selain itu turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Mohd. Firdaus Azharuddin; Principal Irealty, Erman Taib; Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Dr. Razali Othman; Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ketua Islamic Relief Malaysia, Zairushahfuddin. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here