
CYBERJAYA 2 Jan. – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan pihaknya menyebarkan dakwaan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching sebagai menteri penuh di kementerian itu.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam akaun rasmi Facebook agensi itu, PTPTN menegaskan dakwaan itu tidak benar seperti tersebar dalam aplikasi Whatsapp dan media sosial.
“Pihak PTPTN tidak terlibat sama sekali dengan penyebaran maklumat palsu mahupun pengubahsuaian poster tersebut.
“Gambar tersebut telah diambil dan diubah suai daripada siaran Facebook rasmi PTPTN di pautan berikut: https://www.facebook.com/PTPTNOfficial/posts/1774031489350998,” kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, orang awam diminta untuk tidak menyebarkan berita ini di mana-mana platform bagi mengelakkan salah faham berlaku. – #malakattribune