Noore Sports Hijab buka cawangan di Malakat Mall

0
415

RAUDHAH CITY – Pengeluar pakaian jenama sukan muslimah terkenal Indonesia, Noore Sports Hijab bakal membuka cawangan pertamanya di negara ini di pusat beli belah Malakat Mall di Cyberjaya di sini pada awal Mac ini.

Menurut Pengasas Noore Sports Hijab, Adidharma Suddradjat, jenama pakaian tersebut yang telah bertapak kira-kira lima tahun lalu di Indonesia menawarkan pelbagai jenis produk pakaian sukan patuh syariah khususnya untuk muslimah.

Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah City, Mohd. Fadzil Hashim (tiga dari kiri) bertukar dokumen dengan Pengasas Noore Sports Hijab Adidharma Suddradjat untuk membuka cawangan pertamanya di Malakat Mall

“Setiap rekaan jenama sukan ini akan dipastikan untuk menepati konsep 4K iaitu kesopanan, keindahan, kenyamanan dan kesihatan.

“Bagi menepati konsep ini kami akan mendapatkan nasihat daripada pihak berkaitan termasuk tokoh agama, kesihatan dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Adidharma yang juga Ketua Pegawai Operasi Noore Sports Hijab menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah City Sdn. Bhd. yang juga pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim di ibu pejabat Brainy Bunch di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Adidharma berkata, antara keistimewaan pakaian sukan keluarannya ialah fabrik yang digunakan berkualiti tinggi dan mampu menapis sehingga 30 peratus pancaran sinar UV.

Pakaian sukan jenama Noore Sports Hijab

Sementara itu, Mohd. Fadzil berkata, produk jenama sukan itu akan berada di Malakat Mall pada 1 Mac ini dan diletakkan bersebelahan kedai peralatan sukan, Tahan Sport.

Katanya, kehadiran jenama sukan itu sangat penting kerana dapat memudahkan atlet dan golongan wanita mendapatkan pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat untuk bersukan dan melakukan aktiviti riadah.

“Jenama Noore ini merupakan satu-satunya jenama sukan untuk muslimah yang berada di pasaran sekarang dan saya mula mengenali jenama ini ketika berkunjung ke sebuah pasar raya di Surabaya, Indonesia tiga tahun lalu.

“Menerusi kelengkapan pakaian sukan muslimah ini, kini golongan wanita boleh bergiat aktif dalam akticlviti sukan dengan mengenakan pakaian yang selesa dan patuh syariah,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here