Orang kaya Islam diburu bayar zakat

0
241

CYBERJAYA 4 Jan.- “Saya sedang mencari orang Islam yang kaya-kaya yang sebahagian besar mereka tidak menunaikan kewajipan membayar zakat,”

Demikian tegas Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali.

Che Mat berkata, beliau sedang mencari mereka yang membayar zakat terutamanya golongan yang kaya untuk membantu asnaf.

“Saya seru kepada mereka (orang kaya) kerana saya tidak takut kepada masyarakat Islam ke atau bukan Islam tetapi saya takut kepada Allah.

“Orang Islam ini selagi banyak duit selagi itu dia cintakan harta. Dia tidak mahu keluarkan 2.5 peratus atau 1 daripada 40 kekayaan dia,” katanya selepas mengadakan lawatan bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ke beberapa projek di bawah Kumpulan Brainy Bunch di Raudhah City di sini hari ini.

Menurut Che Maat, mereka hanya boleh membelanjakan 39 daripada 40 kekayaan itu kerana satu daripadanya adalah untuk asnaf dalam pelbagai ketegori bagi tujuan kekuatan ekonomi umat Islam.

Jelasnya, di Wilayah Persekutuan lebih 20,000 orang miskin terdiri daripada golongan asnaf.

“Ini merupakan angka terbanyak di Malaysia. Sebab itu kenapa saya boleh kumpul RM700 juta, ia adalah angka yang paling banyak diagihkan kepada asnaf.

“Bagi saya, seseorang yang mempunyai pendapatan perlu bayar zakat, mereka yang tiada pendapatan menjadi asnaf,” katanya.

Mengulas mengenai pandangan mengenai usaha yang dilakukan oleh Kumpulan Brainy Bunch yang diketuai oleh Mohd. Fadzil Hashim terhadap pembangunan komuniti Islam, beliau berkata, itu antara sumbangan terbaik kepada ummah bukan sahaja memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak tetapi dengan mewujudkan bandar moden Islamik dan pusat beli belah menghimpunkan produk Muslim.

“Apa salahnya membelanjakan wang di Malakat Mall untuk membeli barang- barang dan restoran yang halal selain peniaga pula terdiri daripada peniaga Muslim,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here