Orang tengah patuh syariah ganti lintah darat

0
189

CYBERJAYA – Jawatankuasa Buy Muslim First (BMF) Malaysia yang berperanan mempromosikan kempen utamakan beli produk Muslim akan berusaha mewujudkan orang tengah patuh syariah bagi mengelak manipulasi terhadap petani daripada terus berlaku.

Menurut Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari, langkah itu perlu segera diambil memandangkan peranan orang tengah sekarang sudah dimanipulasi dengan anasir ‘Yahudi’ sekali gus menjadikan orang tengah sebagai lintah darat.

“Melalui Jawatankuasa BMF Malaysia kita akan mewujudkan orang tengah patuh syariah.

Cikgu Izzat

“Dan pada masa sama, mendidik pasar raya membeli secara tunai atau maksimum 30 hari pembayaran,” katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Mohd. Nor Izzat yang juga dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata, ini kerana golongan petani tidak mungkin boleh menjual di pasar raya yang hanya membuat pembayaran dalam tempoh masa 40 hingga 90 hari.

Berikutan itu, mereka terpaksa bergantung kepada orang tengah yang dapat menyediakan bayaran tunai meskipun ditindas. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here