Padah minum teh bebola

0
438

HENAN, CHINA – Seorang remaja berusia 13 tahun yang kerap menikmati minuman tea bebola boba terpaksa menanggung derita selepas dimasukkan ke hospital akibat usus tersekat.

Menurut pakar bedah pediatrik hospital berkenaan, remaja yang mengambil minuman berkenaan sekurang-kurangnya dua kali seminggu itu telah mengalami kesakitan pada bahagian perut yang berpanjangan.

Hasil imbasan x-ray mendapati terdapat objek berbeza saiz yang mampat pada bahagian usus dipercayai biji boba kerana tidak mengunyah bebola diperbuat daripada ubi kayu dan jagung itu sehingga hancur.

“Biji boba bukan bahan yang mudah dihadam terutama bila tidak dikunyah dengan baik.

“Ibu bapa diminta menasihatkan anak-anak supaya lebih berhati-hati ketika menikmati minuman ini,” katanya seperti dilaporkan Singtao.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here