Pakar dakwa coronavirus boleh dijangkiti melalui mata

0
5963
Wang Guangfa

Seorang pakar influenza dari China mendakwa penyakit 2019-nCoV yang melanda Wuhan boleh merebak melalui mata.

Menurut portal The Sun, Doktor Wang Guangfa mendakwa dirinya kini dijangkiti penyakit berbahaya tersebut sekembalinya dari Wuhan.

Di Beijing, dia mula mengalami conjunctivitis (sakit mata) lalu demam.

Pengambilan ubatan biasa gagal meredakan demam tersebut lalu beliau memilih untuk melakukan ujian influenza yang menunjukkan keputusan positif.

“Pada waktu itu (di Wuhan), kami (para pakar) telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menggunakan topeng muka N95.

“Tetapi saya sedar bahawa kami tidak memakai cermin mata perlindungan sewaktu memeriksa para pesakit,” katanya lagi.

Dr. Wang yang mengetuai Jabatan Perubatan Pulmonari di Universiti Peking, Beijing merupakan individu penting dalam melawan wabak SARS ketika China dilanda wabak tersebut pada tahun 2003.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here