Pakar sahkan Pasar Huanan punca coronavirus

0
340

CYBERJAYA – Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit China mengesahkan wabak penyakit coronavirus atau virus Wuhan bermula dari sebuah pasar yang menjual pelbagai jenis haiwan eksotik iaitu Pasar Borong Basah Huanan, Wuhan, China.

Pasar Huanan disahkan sebagai lokasi awal penyebaran wabak coronavirus

Memetik laporan Mail Online, bagaimanapun, pihak saintis masih belum mendapat kepastian haiwan yang manakah membawa penyakit berkenaan berikutan pasar tersebut menjual pelbagai jenis haiwan eksotik.

Minggu lalu, pakar berpandangan virus penyakit berkenaan berasal daripada ular kerana diketahui sebelum ini sebagai pembawa coronavirus.

Seorang anggota keselamatan mengawal ketat Pasar Huanan daripada dimasuki orang awam

Sementara itu, memetik laporan agensi berita, Xinhua sebanyak 31 daripada 33 sampel yang diperoleh dari zon barat pasar tersebut yang menempatkan penjualan daging eksotik positif dengan coronavirus.

“Keputusan yang diperoleh menunjukkan novel coronavirus berpunca daripada penjualan haiwan eksotik dan liar di pasar berkenaan,” katanya.-MT

Seorang wanita di China memakan sup kelawar yang merupakan antara haiwan eksotik dijual di Pasar Huanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here