‘PDRM, tolong ambil tindakan segera’

0
856
OMAR KASSIM

CYBERJAYA – Tindakan segelintir pihak yang mencerca Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui laman sosial Facebook perlu diambil tindakan segera oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Jawatankuasa gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Omar Kassim yang berkata, perbuatan menggelar Raja Permaisuri Agong dengan panggilan ‘nenek sihir rasis’ amat biadab dan keterlaluan.

“Biadap sekali hingga sanggup gelar Tunku Azizah nenek sihir rasis! Dikhabarkan banyak sekali laman dan radio berbahasa Cina yang mengapikan perkauman dan dibiarkan bebas! 

“Tolonglah PDRM bertindak kerana dibimbangi rakyat akan mengambil tindakan sendiri terhadap pengkhianat ini semuanya,” katanya dalam status akaun Facebook miliknya seperti di petik portal berita Ismaweb.net hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan terdapat sebuah halaman dalam Facebook dipercayai menjadi medan ‘menghina’ dalam kalangan orang Cina.

Pada 3 Januari lalu, Tunku Azizah menerusi ciapan dalam akaun Twitter @cheminahsayang mempersoalkan berkaitan hala tuju tulisan jawi di sekolah vernakular.

“Siapa lebih berkuasa, Kementerian Pelajaran atau PIBG?,” soal Tunku Azizah dipercayai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching. 

Nie Ching sebelum itu dipetik sebagai berkata, pelaksanaan tulisan jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular hanya boleh dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju.

Nie Ching berkata, pengajaran tulisan jawi di satu-satu sekolah akan dijalankan jika 51 peratus atau lebih borang yang diterima daripada ibu bapa menyatakan persetujuan. 

Sumber berita daripada portal berita Ismaweb.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here