Peluang tingkatkan jualan produk BMF

0
174

RAUDHAH CITY – Para pemilik kedai Muslim, pelabur baharu dan pemilik produk Muslim dijemput menghadiri mesyuarat khas sempena kempen Buy Muslim First (BMF) yang akan berlangsung di Kompleks Pendidikan Brainy Bunch di sini, esok.

Menurut status akaun Facebook Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM),  program yang bermula pukul 1.30 petang hingga 5.30 petang itu akan membincangkan peluang yang boleh diambil sebagai galakan kepada pengusaha meningkatkan jualan mereka sepanjang tahun ini.

“Buat julung kalinya juga ia merupakan anjuran bersama Raudhah Grocer, KoPPIM dan Malakat Mall, Cyberjaya.

“Antara turut serta dalam program itu termasuklah Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dan Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat. Johari,” kata kenyataan status akaun Facebook KoPPIM hari ini.

Tambah kenyataan itu, KoPPIM menyasarkan untuk membuka 1,000 cawangan Raudhah Grocer yang bakal dilancarkam dalam tempoh 10 tahun.

Kata kenyataan tersebut, ia membuka peluang keusahawanan buat 1,000 individu untuk memiliki perniagaan Raudhah Grocer selain 100,000 produk usahawan Muslim dipasarkan secara meluas ke seluruh negara.

Orang ramai dijemput menghadiri program tersebut dan tempat adalah terhad.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di
http://bit.ly/MesyuaratPeniagaMuslim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here