Pemuzik Lok-U meninggal dunia

0
91

CYBERJAYA – Pengarah muzik terkenal tanah air, Faizal uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U meninggal dunia pagi ini selepas dilaporkan mengalami sesak nafas sebaik pulang berjoging.

Allahyarham berusia 47 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10 pagi di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Allahyarham meninggalkan balu, Jamariah Yusof dan empat orang anak iaitu Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Lok-U merupakan seorang pemuzik disegani dalam kalangan pemuzik tanah air dan sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan muzik iringan dalam pelbagai program di stesen televisyen. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here