Penentang Jawi langgar Akta Hasutan

0
99

CYBERJAYA 5 Jan. – Pihak yang berusaha menentang pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular bahawa mereka melanggar Akta Hasutan 1948.

Peringatan itu ditegaskan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata, tulisan jawi dilindungi mengikut Seksyen 152 Perlembagaan Persekutuan dan justeru itu ia tidak boleh dipersoalkan.

“Mendukacitakan apabila masih lagi kedengaran suara yang menghalang perpaduan antara kaum di Malaysia dengan mendesak Kementerian Pendidikan mengadakan dialog terhadap pelaksanaan tulisan jawi di sekolah.

“Oleh itu siapa-siapa yang mempersoalkan hak-hak tulisan Jawi adalah termasuk dalam definisi kecenderungan menghasut di bawah peruntukan Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948.

“Iaitu mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tegas beliau, tulisan jawi dilindungi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah sebahagian daripada bahasa Melayu.

“Saya ingin mengingatkan pihak-pihak terlibat untuk menelaah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 dan 10 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67,” ujar beliau. – #malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here