Pengusaha kaca buka pasar mini berasaskan produk BMF

0
338

CYBERJAYA 7 Jan. – Semangat dalam memperjuangkan produk Muslim melalui kempen Buy Muslim First (BMF) semakin mendapat tempat apabila ramai usahawan Muslim tampil dalam menjalankan pelbagai perniagaan.

Langkah itu turut disertai oleh pemilik Berjaya Halal Mart di Banting, Selangor apabila membuka pasar mini di kawasan itu.

Perkara tersebut dimuat naik dalam akaun Facebook Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela) oleh Kluster Ekonominya, Mohd. Nor Izzat Johari yang bertemu Ahmad Ramli, pemilik pasar mini tersebut.

Menurut Izzat, Ahmad merupakan pengusaha produk kaca yang berjaya dan terkenal di Banting.

“Beliau baru sahaja membuka Berjaya Halal Mart ini beberapa minggu lalu untuk menyahut perjuangan ekonomi Muslim untuk menjadi pasar raya milik Muslim pertama di kawasan tersebut. Hebat!

“Mohon war-warkan berita baik ini. Jom sokong,” katanya dalam status tersebut. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here