Pentagon nafi pesawat tentera ditembak jatuh di Afghanistan angkara taliban

0
166
Pesawat milik tentera Amerika Syarikat Bombardier E-11A yang terhempas di daerah Dih Yak, Afghanistan

AMERIKA SYARIKAT – Pentagon menafikan Taliban menembak jatuh pesawat tentera Amerika Syarikat di Afghanistan yang membunuh sekurang-kurangnya sembilan anak kapal walaupun kumpulan pengganas mengaku bertanggungjawab.

Pegawai AS, yang bercakap mengenai kejadian itu berkata setakat ini tiada tanda-tanda bahawa pesawat itu terhempas akibat ditembak oleh musuh.

“Dipercayai kurang daripada 10 orang di dalam pesawat tentera kecil berkenaan,” menurut kenyataan salah seorang pegawai yang tidak mendedahkan identitinya.

Zabihullah Mujahid, jurucakap kumpulan militan, mendakwa serangan di daerah Dih Yak pada pukul 1.10 petang waktu tempatan itu mengorbankan pegawai-pegawai berpangkat tinggi tentera Amerika Syarikat

Berita mengenai kejadian itu didedahkan oleh wartawan Tariq Ghazniwal yang menunjukkan sisa-sisa pembakaran jet yang terletak di kawasan salji dengan beberapa orang di lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here