Perkasa pendidikan demi Malaysia tercinta

0
162

Selaku Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), saya rasa bersyukur dan bertuah, pertama kerana Yang Dipertua Perkim adalah seorang Perdana Menteri.

Terbaharu, Perdana Menteri turut memangku jawatan Menteri Pendidikan. Sekalung tahniah Tun Dr. Mahathir Mohamad menggantikan Dr. Maszlee Malek yang meletak jawatan.

Mengenali Tun M sekian lama, secara dekat melalui Perkim, saya amat mengharapkan Tun M akan bertegas dalam soal pendidikan negara yang merupakan asas kepada pembinaan negara bangsa.

Tidak ada tolak ansur dalam memperkasakan agenda negara dan menyatupadukan rakyat berbilang kaum dalam negara.

Pertama, perkasakan semula Sekolah Wawasan, yang merupakan ‘brainchild’ Tun M. Keputusan pendidikan adalah di tangan kerajaan, yang diketuai oleh menteri pendidikan.

Jangan biarkan ultra kiasu NGO rasis Cina yang menentukannya. Cukuplah toleransi kerajaan selama ini kepada ultra kiasu, sejak sebelum merdeka lagi, hingga hari ini.

Rakyat Malaysia mesti disatukan di bawah satu sistem pendidikan. Jika sekolah aliran jenis kebangsaan, tidak dapat dihapuskan. Sekolah Wawasan mesti dihidupkan kembali dan diperkasakan.

Sejak lima buah Sekolah Wawasan didirikan pada zaman Tun M menjadi Perdana Menter ke-4, sekolah ini telah gagal kerana tidak mendapat sambutan dari ultra kiasu.

Kini, Tun M, sekali lagi menjadi PM ke-7 dan memangku jawatan Menteri Pendidikan, maka gunakanlah peluang ini untuk memberikan roh dan memperkasakan semula Sekolah Wawasan.

Justeru, satu pasukan khas hendaklah ditubuhkan untuk mengkaji kenapa dan mengapa sekolah ini gagal dan tidak mendapat sambutan walaupun jawapannya telah saya berikan.

Proses undang-undang mesti digunakan jika mereka masih berdegil. Begitu juga dengan sekolah persendirian Cina yang mengeluarkan Sijil UEC. UEC dikendalikan oleh Dong Zong dan Jiao Zong yang ternyata dan diakui sendiri oleh Tun M, sebagai pertubuhan rasis.

UEC tidak sepatutnya diiktiraf, apatah lagi memasuki dalam perkhidmatan awam. Pengiktirafan yang telah dibuat oleh beberapa negeri hendaklah ditarik balik.

Alasannya mudah, sekolah persendirian Cina ini sejak dahulu dan selepas merdeka lagi, hingga kini, telah memilih untuk berada di luar sistem pendidikan.

Amatlah tidak wajar jika sijil ini diiktiraf dalam keadaan mereka memilih sendiri untuk berada di luar sistem. Sedangkan sekolah agama yang dipertikaikan oleh ultra kiasu, terpaksa mengikut segala arahan kerajaan bagi tujuan pengiktirafan.

Begitu juga, universiti berasaskan kaum dan parti hendaklah segera dikaji semula dan dipantau dengan ketat.

Misalnya, universiti merdeka seperti Kolej Universiti New Era dan Kolej Han Chiang. Begitu juga dengan universiti yang dimiliki parti MCA seperti Universiti Tunku Abdul Rahman dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Termasuk juga, universiti yang dipunyai Parti Gerakan dan MIC.

Kedua, pendidikan negara hendaklah berteraskan kepada Perlembagaan negara dan Akta Pendidikan 1996.

Walaupun kuasa menteri pendidikan untuk memansuhkan sekolah vernacular telah dihapuskan melalui Akta Pendidikan 1961, dengan penggantian Akta Pendidikan 1996, sekurang-kurangnya akta ini masih memberi kuasa kepada menteri pendidikan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah.

Ya, tidak dinafikan bahasa Inggeris amat penting dalam dunia kehidupan hari ini. Tetapi bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa negara hendaklah diperkukuhkan bagi pembinaan negara bangsa bermatlamatkan perpaduan.

Buatlah kajian secara mendalam, kenapa dan mengapa, orang bukan Melayu terutama pelajar sekolah vernacular masih tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Jawapannya mudah, segala penambahbaikan Bahasa Melayu di SJKC ditentang hebat oleh NGO rasis ini.

Penambahan masa Bahasa Melayu (BM) di SJKC ditentang hebat kerana dikhuatiri akan menjejaskan penguasaan bahasa Cina jika terlalu banyak penumpuan diberikan terhadap bahasa Melayu.

Sebab itulah, bukan sahaja penambahan masa bahasa Melayu ditentang, malahan, silibus dan kurikulum bahasa Melayu jauh lebih mudah berbanding dengan sekolah aliran kebangsaan (SK).

Dalam kata lain, silibus bahasa Melayu dan peperiksaan bahasa Melayu di sekolah vernacular darjah enam, levelnya adalah seperti silibus bahasa Melayu dan peperiksaan darjah tiga di sekolah kebangsaan.

Jika tidak percaya, ketika peperiksaaan UPSR berlangsung, pergilah lihat bagaimana lucunya, peperiksaan kertas bahasa Melayu berbeza antara sekolah kebangsaan dengan SJKC/T.

Kertas sama sepatutnya dijalankan serentak pada tempat dan waktu yang sama, tetapi ia tidak berlaku.

Akibatnya, terlalu ramai yang tidak boleh berkomunikasi dan memahami bahasa negara ini dengan baik.

Buatlah kajian betapa ramainya pelajar sekolah vernakular ini gagal dalam peperiksaan BM.

Mereka boleh lulus dengan baik dalam bahasa ibunda, tetapi gagal dalam bahasa kebangsaan. Adakah ini dimaksudkan dengan pembinaan negara bangsa bermatlamatkan perpaduan?

Bagaimanakah mereka boleh bercampur dengan berkomunikasi dengan bangsa majoriti Melayu jika tidak dapat menguasai bahasa negara ini .

Justeru, gunakanlah Akta Pendidikan 1996 yang masih ada, yang masih ada ruang untuk memperkasakan bahasa Melayu, demi masa depan Malaysia tercinta.

Untuk makluman, jika Akta Pendidikan 1961 yang memberikan kuasa penuh kepada menteri pendidikan menghapuskan sekolah vernacular bila tiba masanya, begitu digeruni dan ditakuti oleh NGO rasis ini.

Penentangan demi penentangan dibuat sehingga ia dibatalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi menteri pendidikan pada tahun 1996 sehingga lahirkan akta baharu, Akta Pendidikan 1996.

Dalam Akta Pendidikan 1996, menteri pendidikan tidak ada kuasa untuk menghapuskan sekolah vernacular, melainkan peruntukan yang untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernacular.

Akta 1996 ini juga terus ditentang oleh NGO-NGO rasis ini kerana takut menteri pendidikan menggunakan klausa yang masih ada untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu. Termasuk menambah masa bahasa Melayu yang selama ini ditentang oleh mereka.

Mata pelajaran Bahasa Melayu hanya diajarkan selama 180 minit seminggu di sekolah vernakular. Penambahan sebanyak 240 minit pun sangat hebat ditentang.

Inikan pula penambahan lagi masa kepada 270 minit seminggu yang sangat-sangat ditentang. Pada pandangan NGO rasis ini, sebarang penambahan akan menjejaskan mata pelajaran bahasa Cina atau proses pencinaan subjek-subjek Cina yang lain.

Pendek kata, terlalu banyak permasalahan proses pendidikan kebangsaan vs pendidikan vernakular yang boleh diceritakan dalam ruang yang sangat terhad ini. Insya-Allah, pada masa lain, boleh dipanjangkan bicara ini.

Ketiga, bertegas dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Misalnya, pengajaran jawi sebanyak enam muka, akhirnya ditentang oleh NGO rasis berkurang kepada tiga muka surat.

Tidak cukup dengan itu, mereka tentang lagi. Pihak sekolah mesti meminta kebenaran kepada PIBG sekolah rasis ini sebelum melaksanakan jawi. Jawi tidak boleh dilaksanakan jika tidak dipersetujui oleh PIBG rasis.

Yakinlah, semua 1,300 SJKC dan PIBG yang ada, termasuk SJKT akan menentang jawi yang hangat diperkatakan ini. Kesatuan ultra kiasu ini sangat hebat berbanding dengan kita sebagai umat Islam, yang amat rapuh.

Dalam keadaan terdesak semacam ini pun, dengan asakan musuh-musuh luar dan dalam, itu pun kita masih melihat, dia ini ‘geng’ aku atau tidak. Kita tidak fikir soal pembinaan negara bangsa.

Jika ‘geng’ kita beri dia jawatan-jawatan strategik, tidak kira layak ke tidak, yang penting ‘geng’. Mereka yang tidak ‘geng’ akan dipetiaiskan. Inilah politik kita yang sangat merugikan, berbanding ultra kiasu. ‘Geng tak geng’, apa yang penting, kemenangan dan keuntungan mesti berada di pihak mereka. Bersatu dan perpadu atas nama bangsa dan bahasa. Masih buta?

Sedangkan kita sebagai umat Islam, janganlah bercakap soal bersatu dan berpadu atas nama bangsa dan bahasa, agama Islam menjadi tonggak kepada penyatuan segala-galanya pun tidak dihayati.

Malang sekali agama Islam, yang sepatutnya menyatukan semua, tetapi tidak berlaku dalam bentuk realiti. Salah siapa? Janganlah bercakap soal bangsa dan bahasa seperti ultra kiasu. Jika mereka ada agama menjadi asas kekuatan dan perpaduan, bagaimanalah kekuatan mereka dengan gandingan bangsa dan bahasa, seperti Yahudi.

Saya menyeru dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Insaflah. Kita sudah tidak punya banyak masa. Musuh-musuh bergerak berlari begitu pantas.

Kita masih dihalangi dengan onak dan duri. Usahkan berlari, berjalan belum tentu lagi. Mungkin baharu bertatih.

Cukup sekadar ini dahulu, sudah terlalu panjang, banyak lagi fakta yang mahu dibicara. Takut pembaca bosan membacanya.

Kepada YAB PM dan memangku menteri pendidikan, serta ketua saya di Perkim, kami di sini bersedia berkhidmat, memberikan tenaga dan pandangan secara sukarela tanpa ganjaran, demi Malaysia tercinta ini. Selamatkan negara kita sebelum terlambat.

Kita sepatutnya, pada saat ini, berbincang pasal untuk memacukan negara ke arah kemajuan dan kegemilangan seperti negara-negara lain.

Malangnya, kita masih dibelenggu dengan masalah-masalah yang menghalang negara kita untuk bergerak di hadapan. Masalah perkauman yang masih mencengkam.

Masalah pendidikan perkauman atau vernakular yang sangat menghimpit. Masalah rakyat yang tidak hormat kepada Perlembagaan negara. Masalah rakyat yang tidak hormat kepada asas hidup bernegara, seperti menjunjung agama negara, mendaulat hidup beraja, memandang tinggi bahasa negara, mengiktiraf hak pribumi Melayu dan Bumiputera serta lain-lain lagi.

Inilah sedikit coretan rakyat marhaen yang mengidamkan pembinaan sebuah negara bangsa, maju dan makmur bersama. Selagi lagi, tahniah Tun M.

Saya berdoa agar Tun M akan terus pemimpin Kementerian Pendidikan hingga PRU akan datang. Ditakdirkan kementerian ini akan berpecah dua iaitu pendidikan dan pengajian tinggi, kembali asal.

Teruskan memimpin kementerian pendidikan. Hanya Tun M sahaja yang mampu berhadapan dengan ultra kiasu ini. Jika kuota menteri pengajian tinggi adalah untuk Parti Bersatu, maka calonnya yang mungkin boleh saya cadangkan adalah Tok Pa.

PROF. DR. RIDHUAN TEE ABDULLAH
Naib Yang Dipertua Perkim

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Malakat Tribune.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here