Pesawat pejuang tercanggih Rusia terhempas

0
145

CYBERJAYA 25 Dis. – Sebuah jet pejuang Su-57 milik Rusia dilaporkan terhempas, semalam.

Menurut agensi berita TASS, pesawat pejuang generasi kelima itu dilaporkan terhempas sewaktu menjalani penerbangan ujian di Komsomolsk-on-Amur di timur Rusia.

Juruterbang pesawat bagaimanapun dilaporkan terselamat setelah berjaya melenting keluar, kata pihak berkuasa Rusia.

Punca kejadian masih belun dikenal pasti, namun siasatan awal mendapati pesawat mengalami masalah teknikal pada bahagian ekor.

Su-57 yang mula diterbangkan pada tahun 2010, merupakan pesawat pejuang Rusia yang tercanggih.

Jet buatan Sukhoi dengan dua enjin ini mempunyai keupayaan halimunan dan mampu membawa persenjataan tercanggih.

Walaupun belum memasuki perkhidmatan secara rasmi, jet ini telahpun digunakan dalam operasi ketenteraan di Syria. – #MalakatTribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here