Polis Perak cadang tambah anggota di Pulau Pangkor

0
187

IPOH – Polis Perak bercadang menambah bilangan pegawai dan anggota polis di Pulau Pangkor selepas pulau peranginan itu diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai (PBC) 1 Jan lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata pada masa ini, seramai dua pegawai dan 32 anggota telah ditugaskan di Balai Polis Pulau Pangkor.

“Pertambahan anggota (polis) dalam kajian terutamanya anggota polis pelancong yang perlu kita tempatkan di Pulau Bebas Cukai dan ada juga yang telah pun dikeluarkan arahan untuk bertugas sebagai polis pelancong di Pulau Pangkor,” katanya memetik laporan Bernama.

Razarudin berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Terdahulu, Razarudin dalam ucapannya berkata Digital Vehicular Repeater System (DVRS) telah diwujudkan bagi menyelesaikan liputan perhubungan komunikasi di Pulau Pangkor.

Beliau berkata dengan pengurusan kemudahan prasarana yang telah dilakukan oleh Jabatan dan Teknologi PDRM (Polis Diraja Malaysia) Perak itu, beliau berharap kecemerlangan PDRM dapat dikekalkan dari semasa ke semasa.

Sumber berita daripada agensi berita Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here