Polis siasat warga maya hina Raja Permaisuri Agong

0
266

CYBERJAYA – Polis masih menjalankan siasatan berhubung kenyataan warga maya berbangsa Cina yang menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam media sosial.

Memetik portal Ismaweb.net Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatsn Jenayah Bukit Aman sentiasa memantau kesemua bentuk kesalahan termasuk isu perkauman, keagamaan dan institusi diraja.

“Perkara ini pasti akan disiasat dan diambil tindakan undang-undang,” katanya hari ini.

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa terdapat sebuah halaman dalam Facebook dipercayai menjadi medan hinaan dalam kalangan orang Cina ditemui, bahkan ada yang bertindak biadab mencerca Tunku Azizah dengan panggilan ‘nenek sihir rasis’.

Difahamkan, pengguna dikenali sebagai Nengtung Ting mengeluarkan kenyataan sedemikian susulan tindakan baginda yang menggunakan tulisan jawi dalam Twitter sebagai langkah untuk memperkasakannya.

Sebelum ini, Tunku Azizah dalam akaun Twitter milik baginda juga mempersoalkan sama ada kedudukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang lebih berkuasa untuk menentukan silibus pengajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.

Kenyataan baginda itu turut mendapat kecaman dalam kalangan warga maya Cina.

Tindakan Nengtung Ting dan beberapa pengguna laman sosial itu mendapat perhatian beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Majlis Belia Daerah Kuantan dan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang dengan membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here