Rahsia sikap positif yang menguntungkan

0
327
Jurulatih Master Bertauliah NLP, Fadzli Yusof berkongsi ilmu pada Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam di Kampus Brainy Bunch, Cyberjaya.

RAUDHAH CITY – Sikap positif mampu menjadikan seseorang  lebih tenang dan menikmati kehidupan yang lebih berkualiti malah dalam kebanyakan masa lebih mengunkearifan

Jurulatih Master Bertauliah NLP, Fadzli Yusof berkata, mereka yang bersikap positif menikmati banyak kelebihan jika dibandingkan dengan individu yang bersikap sebaliknya.

“Salah satu daripadanya adalah memiliki keperibadian yang  menyenangkan kerana segala fikiran dan tindak tanduknya memberikan aura positif kepada orang sekeliling.

“Berpikiran positif juga dapat membuatkan kita lebih fokus dalam mengerjakan sesuatu sehingga hidup kita lebih teratur dan lebih mudah mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam (KKKI) di Ibu pejabat Kumpulan Brainy Bunch di Raudhah City, Cyberjaya esok.

Fadzli yang berpengalaman luas dalam bidang program neurolinguistik berkata, kajian juga membuktikan mereka yang berpikiran positif memiliki tubuh badan yang lebih sehat kerana kurang tekanan.

“Sikap positif merupakan salah satu aspek utama dibincangkan dalam teori Positive Psychology yang mengkaji dan menilai emosi pada perilaku manusia,” katanya.

“Ramai yang stres kerana meletakkan syarat terlalu tinggi untuk mengecapi kegembiraan tetapi melupakan konsep doa dan syukur.

“Ada yang sampai perlu pergi mall untuk bergembira, ada yang perlu ke Pulau Jeju untuk gembira.

“Tapi ada orang, cukup gembira dengan kerja mengikat bata sebab dia tahu apa tujuan hidup dia dan tahu bersyukur dengan apa yang dia ada.

“Jadi kita boleh pilih untuk jadi yang mana. Senang untuk gembira susah stres atau senang stres susah gembira,” katanya.

Fadzli berkata, antara ciri-ciri yang perlu ada menjadi individu  positif adalah memiliki rasa ingin tahu, keterbukaan pikiran, kegemaran belajar, memiliki kearifan, keberanian, tabah dalam kesulitan, murah hati, dan penuh semangat.

KKKI menampilkan sembilan individu berjaya dalam perniagaan antaranya Pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Raudhah City, Mohd. Fadzil Hashim; Ikon Usahawan Berjaya, Azlan Al Amin; Certified Master Trainer & Coach NLP, Fadzli Yusof dan Jurutera Forensik Kewangan, Zaidi Ismail.

Selain itu turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Mohd. Firdaus Azharuddin; Principal Irealty, Erman Taib; Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Dr. Razali Othman; Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Ketua Islamic Relief Malaysia, Zairushahfuddin.

Kesemua individu hebat ini dihimpunkan dalam satu konvokesyen bagi memberi inspirasi, berkongsi ilmu serta pengalaman mereka menerusi tiga fasa iaitu inspirasi dan motivasi; teknikal kewangan dan kewangan serta kesatuan ummah. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here