Raudhah College jalin kerjasama dengan IPT dari Australia

0
574

RAUDHAH CITY – Institusi pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan kursus diploma dan sijil dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, Raudhah College menjalin kerjasama dengan sebuah IPT dari Australia, Excel College Australia bagi menawarkan kursus diploma selama setahun untuk penuntutnya.

Pengarah Urusan Raudhah College, Dr. Taha Mohd. Omar berkata, menerusi kerjasama itu kolej tersebut akan menawarkan pengajian dalam tiga kursus.

Katanya, kursus-kursus tersebut ialah Diploma dalam Pengurusan dan Kepimpinan, Diploma Perakaunan dan Diploma Dandanan Rambut.

“Peranan kita di sini ialah membuat pemasaran, operasi atau mengajar dan melatih pensyarah untuk mengajar tiga kursus ini yang mana semua kandungannya dari Australia

Pengarah Urusan Raudhah College, Dr. Taha Mohd. Omar

“Yang bagusnya juga kursus diploma ini telah mendapat kelulusan Lembaga Akreditasi Australia (ASQA) dan tempoh diploma ini hanya setahun,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan majlis
menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Raudhah City Sdn. Bhd. (Raudhah City), Mohd. Fadzil Hashim dan CEO Excel College Australia, Melissa Veidreyaki sempena majlis Pra Pelancaran Malakat Mall di Raudhah City di Cyberjaya di sini.

Sementara itu, Veidreyaki berkata, pihaknya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Raudhah College dalam menawarkan pendidikan berkualiti dari Australia untuk penuntut Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Raudhah City Sdn. Bhd. (Raudhah City), Mohd. Fadzil Hashim (tiga dari kiri) dan CEO Excel College Australia, Melissa Veidreyaki (tiga dari kanan) bertukar dokumen kerjasama antara kedua belah pihak

“Ini merupakan kerjasama yang pertama diadakan antara kolej ini dan IPT di Malaysia. Kolej ini menawarkan tiga kursus diploma yang mana kesemuanya telah mendapat pengiktirafan daripada ASQA,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here