Raudhah College lahirkan guru berakhlak mulia, berkualiti

0
725

RAUDHAH CITY – Raudhah College mempunyai formula tersendiri dalam mendidik guru pelatih dan pengasuh bagi yang bakal mengikuti pengajian program ijazah sarjana muda dan diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di situ.

Ketua Eksekutifnya, Dr. Taha Mohd. Omar berkata,  para penuntut akan mengikuti sistem pembelajaran berasaskan ADAB sebagai nilai tambah bagi menjadi tenaga pengajar yang lebih berakhlak mulia dan berkualiti.

Menurut beliau, selain itu pihaknya juga akan menggariskan beberapa lagi daya tarikan baharu khusus untuk semua penuntut.

“Kolej tersebut yang sebelum ini beroperasi di Damansara Perdana akan berpindah ke lokasi strategik di Cyberjaya.

“Antara paling menarik, kesemua penuntut akan menikmati eko-sistem akademik yang sempurna dari segi penginapan, pengajian dan perbelanjaan sepanjang pengajian,” katanya dalam akaun Facebook Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak semalam.

Tambah Taha, lokasi terbaharu kolej itu terletak bersebelahan dengan Pusat Beli Belah Malakat Mall dan asrama pelajar pula di Malakat Residensi iaitu hanya 80 meter dari pusat pendidikan itu.

“Sehubungan itu, kesemua pelatih berpeluang menjana pendapatan sambilan di Malakat Mall dengan bekerja di mana-mana outlet.

“Mereka juga akan memperoleh 10 peratus diskaun di setiap outlet Malakat Mall,” jelasnya.

Selain itu menurut Taha, kesemua graduan yang diberi jaminan kerja dalam masa enam bulan selepas tamat pengajian.

“Para graduan berpeluang bekerja sebagai guru di Brainy Bunch dan Tadika Rakyat atau warga kerja di mana-mana anak syarikat milik Kumpulan Brainy Bunch,” katanya.

Di samping itu, ujarnya, kesemua graduan akan diberikan latihan keusahawanan secara percuma sepanjang hayat sebagai alumni kolej oleh Business Coach yang bertauliah, Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

“Sebagai bonus, bagi setiap pendaftaran, penuntut akan memperoleh saham Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (Koppim) dengan pulangan tahunan antara 10 hingga 15 peratus setahun,’ ujarnya.

Menurutnya, engambilan bagi sesi kemasukan baharu tahun ini sedang dibuat dan mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang iaitu www.raudhahcollege.com . -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here