Raudhah Ville contoh terbaik bandar Islam moden

0
732

RAUDHAH CITY – Ulama terkenal Indonesia, Kiai Dr. Zainul Ariffin menyifatkan Pengasas Raudhah City, Mohd. Fadzil Hashim sebagai seorang insan yang luar biasa.

Dr. Zainul berkata, ini kerana, Mohd. Fadzil telah berjaya membina sebuah bandar Islam moden secara menyeluruh dan turut dilengkapi dengan sistem pendidikan.

Katanya, projek Raudhah Ville di bandar Islam moden ini juga boleh diibaratkan sebagai taman syariah yang dilengkapi dengan kemudahan untuk umat Islam.

“Coach Fadzil (Mohd. Fadzil) ini insan luar biasa kerana dapat membina bandar Islam moden secara holistik, masyarakat Islam di Malaysia sepatutnya berbangga,” katanya.

Terdahulu, Dr. Zainul bersama Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Masridzi Sat dibawa melawat projek Raudhah Ville dan juga Kompleks Pendidikan Brainy Bunch di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Zainul berkata, Raudhah Ville boleh diibaratkan seperti pondok moden kerana sosialnya terjaga selain terhindar daripada sifat individualistik.

“Saya difahamkan, anak-anak bakal penghuni di sini bersekolah dalam sistem Islam dan secara tidak langsung mereka akan mempunyai seorang ustaz atau ustazah di rumah.

“Ibu bapa juga dapat mengaji bersama anak-anak sekali gus menjadi kunci kejayaan di dunia dan akhirat. Saya harapkan usaha ini akan terus berkembang lagi,” katanya.

Sementara itu, Masridzi berkata, Raudhah Ville ialah perkampungan Islam yang sistematik dan usaha Mohd. Fadzil menerajui pembangunan ini wajar dipuji.

“Tahniah kerana dapat dominasi pembangunan bandar Islam moden ini. Biasanya di Malaysia ia dikuasai oleh bukan Islam, lebih membanggakan beliau juga asaskan Malakat Mall.

“Raudhah Ville adalah model taman Islam terbaik yang pernah kami jumpa, ia sangat strategik. Berdekatan dengan sekolah berteraskan Islam selain akses yang baik,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Pembela sentiasa menyokong usaha pembangunan yang dibawa oleh Mohd. Fadzil termasuk Raudhah Ville dan Malakat Mall.

“Semoga Allah membantu memudahkan usaha ini, kita mahu orang kita yang terajui. Sebelum ini ia didominasi oleh kaum lain,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here