Rezeki berganda buat usahawan Muslim

0
233

RAUDHAH CITY – Usahawan Muslim mula merasai bahang Buy Muslim First (BMF) apabila permintaan terhadap produk mereka menunjukkan peningkatan minimum 50 peratus sejak kempen itu dilancarkan tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Pertubuhan Pembela-pembela Islam (Islam), Aminuddin Yahaya yang menambah, namun pihaknya tidak dapat pastikan jumlah itu kerana ada antara golongan itu memberitahu berlaku peningkatan antara 100 hingga 300 peratus.

“Ada usahawan memberitahu sebelum ini jualan sehari adalah RM40,000 tetapi selepas kempen BMF dilancarkan meningkat kepada RM140,000 sehari.

“Kempen yang dijalankan sejak lima bulan lalu memberi impak besar sehingga menyebabkan usahawan terbabit menghadapi masalah mengeluarkan produk kerana permintaan tinggi daripada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Prapelancaran Pasar Raya Malakat Mall di sini.

Tambah Aminuddin, cabaran dihadapi usahawan Muslim ketika ini bagaimana mahu meningkatkan pengeluaran untuk dijual kepada pengguna.

“Kadang kala pelanggan mahukan sesuatu produk tetapi malangnya tiada kerana habis berikutan permintaan yang tinggi,” ujarnya.

Menurutnya, cabaran dihadapi usahawan Muslim adalah bagaimana cara untuk melabur lebih banyak dalam pengeluaran mereka berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here