Sebuah masjid di Pulau Pinang ditutup untuk solat lima waktu

0
638

CYBERJAYA – Belum reda kisah sebuah masjid di Pulau Pinang yang ditutup untuk solat Subuh, sebuah lagi masjid di tengah-tengah bandar di negeri itu turut dikatakan mengalami nasib sama.

Malah, lebih teruk masjid tersebut bukan sahaja tidak beroperasi pada waktu solat lima waktu tetapi kelihatan seperti sudah lama terbiar dan ditinggalkan oleh jemaah sekitar.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Azdy Mohd. Arshad yang singgah ke Masjid Pintal Tali di Georgetown untuk menunaikan solat Zohor tetapi pulang hampa kerana masjid tersebut kosong dan berkunci.

Masjid Pintal Tali di tengah-tengah bandaraya Georgetown, Pulau Pinang

Berikut cerita penuh yang dikongsi Azdy dalam laman Facebooknya.

Tengah hari tadi kira2 jam 1.40 tengah hari saya bersama seorang sahabat singgah di Masjid Pintal Tali dengan niat untuk menunaikan solat Zohor di situ. Tapi malangnya masjid tersebut berkunci…

Berdasarkan pemerhatian saya, rasanya sudah agak lama masjid ini terbiar dan tidak diuruskan…

Sangat menyedihkan melihat sebuah masjid yang di tengah Bandaraya Georgetown, terletak betul2 dalam kawasan tumpuan pelancong dimangga, kawasan luarnya dipenuhi daun2 kering, dibiar terbiar entah sejak bila…

Azdy menunjukkan pintu pagar masjid yang dikunci ketika waktu solat Zohor

Sepatutnya Masjid Pintal Tali ini dimakmurkan dan diimarahkan, dijadikan tempat tumpuan pelacong dan platform untuk kita sampaikan dakwah kepada Non-Muslims kerana lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan kawasan UNESCO World Heritage site…

Saya merayu kepada pihak berkuasa agama Islam Negeri Pulau Pinang khususnya MAINPP dan JHEAINPP untuk melakukan sesuatu… Sedih sangat bila melihat rumah Allah yang sangat cantik dan unit berada dalam keadaan seperti ini…

Ayuh kita sama2 kembalikan syiar Islam di bumi Pulau Pinang khususnya Bandaraya Georgetown.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here