Seekor lagi gajah ditemui mati di Sabah

0
71
Bangkai gajah yang ditemui pekerja ladang di Bakapit, Sabah hari ini.

CYBERJAYA 9 Dis. – Seekor gajah ditemui mati di Bakapit, Sabah hari ini dipercayai menjadi mangsa pemburu haram.

Memetik laporan Borneo Post, Pegawai Jabatan Hidupan Liar daerah, Sylvester Saimin mengesahkan bangkai gajah itu dijumpai oleh pekerja ladang pada pukul 6.30 petang hari ini.

“Bedah siasat mengenai kematian gajah ini sedang dilakukan dan maklumat lanjut akan diumumkan nanti selepas kami menerima laporan lengkap,” katanya.

Dalam tempoh empat bulan, sebanyak empat gajah ditemui mati di Sabah iaitu di Tawau, Sungai Kinabatangan, Beluran dan terkini di Bakapit.

Sementara itu, Persatuan Haiwan Malaysia mengecam tindakan memburu gajah oleh pemburu tidak bertanggungjawab.

“Pembunuhan bersiri gajah akibat pengawalan lemah dan kacau ganggu habitat hidupan liar semakin berleluasa, membuka ruang kezaliman melalui pemburuan.

“Sampai bila kesengsaraan hidupan liar akan berakhir,” katanya dalam laman Facebook rasminya.-#MalakatTribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here