Selepas ke Perancis, Kring! bakal ke UK!

0
250

Oleh NINA FARZUIN MD. SHAROM

CYBERJAYA – Baharu sahaja mengumumkan pencapaian Kring! ke Festival International Du Film Sur Les Handicaps (FIFH) di Perancis minggu lalu, Brainy Bones Studio hari ini sekali lagi berkongsi berita gembira apabila filem pendek itu turut tersenarai di Canterbury Anifest 2020

Pengarah Urusan Brainy Bones Studio, Muhammad Hilmi Ismail sekali lagi menganggap pencapaian itu sebagai satu kejayaan besar buat pasukannya.

“Syukur Alhamdulillah, seluruh team Brainy Bones rasa bersyukur dan berbangga terpilih untuk sertai festival antarabangsa ini.

“Terpilih menyertai mana-mana festival filem bertaraf antarabangsa sudah cukup membuatkan kami mengetahui tahap dan kebolehan kami dalam menghasilkan karya animasi.

“Sekiranya kami memenangi anugerah di dalam festival filem tersebut, kami anggap ianya bonus dan sebagai motivasi tambahan kepada kami untuk terus berkarya,” katanya.

Canterbury Anifest 2020 bakal diadakan bermula 28 Februari hingga 1 Mac ini di Augustine House Library, Canterbury Christ Church University, United Kingdom.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here