Seorang doktor di China maut akibat coronavirus

0
323

CYBERJAYA – Seorang doktor di wilayah Hubei yang ditugaskan untuk merawat pesakit coronavirus maut akibat dijangkiti wabak tersebut, memetik satu ciapan Twitter daripada China Global Television Network, hari ini.

Menurut ciapan tersebut, Liang Wudong, 62, yang bertugas di Hospital Hubei Xinhua antara doktor yang bertanggungjawab merawat pesakit yang dijangkiti virus conavirus ketika ia mula-mula dikesan berlaku di wilayah Wuhan.

Seorang pesakit coronavirus dibawa ke hospital di China baru-baru ini

Hari ini, pihak berkuasa China mengumumkan jumlah kes jangkitan wabak tersebut meningkat kepada hampir 1,300 orang yang mana majoritinya dikesan di Hubei.

Pada masa sama, sebanyak 15 kematian lagi berlaku menjadikan secara keseluruhan sebanyak 41 kes dicatatkan sehingga hari ini.

Virus berkenaan yang dikenal pasti berasal dari Wuhan hujung tahun lalu telah merebak ke 30 wilayah di seluruh China dan beberapa negara lain seperti Singapura, Thailand, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan serta Amerika Syarikat.

Berikutan keadaan yang semakin membimbangkan itu, wilayah Wuhan dan 13 bandar lain di Hubei telah ditutup daripada keluar masuk bagi mengelakkan virus tersebut merebak ke kawasan lain. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here