Sos jenama Aminah Hassan kembali dengan nafas baharu

0
577

CYBERJAYA 19 Dis.- Sos cili, tomato dan kacang jenama Aminah Hassan adalah produk halal yang dihasilkan oleh usahawan Muslim.

Syarikat Amisan Products (M) Sdn. Bhd., adalah syarikat yang menghasilkan aneka sos jenama Aminah Hassan dan semestinya milik Muslim.

Produk tersebut dalam akaun Facebook miliknya berkata, produk mereka kini kembali ke pasaran dengan semangat dan nafas baharu.

“Mungkin ada diantara semua tertanya-tanya siapa empunya produk ini ? Orang Islam atau bukan? Adakah sudah dijual kepada syarikat lain?

“Untuk makluman, Syarikat Amisan Products (M) Sdn. Bhd., adalah syarikat yang menghasilkan sos cili Aminah Hassan,” katanya dalam akaun media sosial itu.

Menurutnya, syarikat itu diusahakan sendiri oleh anak-anak Allahyarhamah Aminah dan Allahyarham Hassan sendiri sejak awal penubuhan pada tahun 1979 sehingga kini.

Katanya, syarikat itu tidak pernah dijual atau dibeli oleh sesiapa dan suatu ketika ia terpaksa memberhentikan operasinya kerana mengalami kemerosoton jualan.

“Situasi itu berpunca dari khabar angin dan dakwaan yang mengatakan ia adalah hak milik bangsa asing dan juga sudah dijual kepada syarikat lain.

“Akibat itu produk jualan kami tidak mendapat sambutan. Kami sangat terkesan dengan berita palsu tersebut,” katanya.

Selain itu katanya, pihak pengurusan yang diterajui oleh Noor Aini Hassan dan suaminya, Zainal Abidin Abdullah mengambil inisiatif membangunkan semula perusahaan ini.

“Kami berharap dengan penjelasan ini dapat menjernihkan kembali segala cerita negatif yang pernah melanda kami satu ketika dahulu. Terima Kasih kepada semua yang menyokong jenama AminahHassan,”katanya.-#malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here