Sulawesi dilanda gempa bumi kuat

0
218

CYBERJAYA – Satu gempa bumi kuat dengan magnitud enam pada skala Ritcher telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi, Indonesia pada awal pagi hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam kejadian pukul 12.58 pagi itu, gempa bumi tersebut berlaku pada kedalaman 145 kilometer dan pada jarak 112 kilometer arah tenggara dari Gorontalo, Sulawesi.

Bagaimanapun, menurut MetMalaysia, kejadian itu tidak menyebabkan berlakunya ancamam tsunami kepada Malaysia. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here