Sultan Qaboos mangkat

0
178

CYBERJAYA – Sultan Oman, Sultan Qaboos Said al-Said dilaporkan mangkat, hari ini.

Menurut portal berita al-Jazeera, pengganti baginda masih belum ditentukan.

Almarhum yang memerintah negara Timur Tengah tersebut selama 40 tahun, merupakan waris dari Dinasti Al Bu Said yang mengasaskan kesultanan negara tersebut pada abad ke-16 setelah berjaya menewaskan Portugis di Muscat, kini ibu kota Oman.

Almarhum merupakan pengasas kepada ‘Renaissance Oman’ yang membuka pintu negara tersebut kepada dunia luar dan membawa pemodenan kepada sistem sosial, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here