Susana ceria hari pertama prasekolah Brainy Bunch

0
199

RAUDHAH CITY 2 Jan.- Sesi persekolahan bagi murid prasekolah pasti tidak terlepas dengan ragam dan sedikit ‘drama’ sebelum mereka benar-benar selesa dengan persekitaran baharu.

Kebanyakan bilik darjah prasekolah pada hari pertama biasanya ‘gamat’ dengan tangis tawa selain pujuk rayu ibu bapa dan guru untuk memastikan murid berada dalam keadaan baik.

Seperti prasekolah lain, sesi persekolahan di Prasekolah Brainy Bunch turut bermula hari ini dan tinjauan Malakat Tribune menyaksikan suasana pada hari pertama sangat ceria dengan aksi kanak-kanak.

Ada yang gembira dan tidak sabar untuk berjumpa rakan-rakan selain ingin mencuba permainan baharu namun, tidak dinafikan ada juga yang menangis kerana masih tidak biasa.

Ragam ibu bapa juga tidak kurang mencuit hati, mengintai di pintu dan merakam video anak adalah situasi yang dapat dilihat malah, lebih teruja berbanding anak-anak di dalam kelas.

Seorang bapa, Syed Nasharudin Syed Othman berkata, faktor utama beliau menghantar anak ke prasekolah ini ialah kerana berminat dengan suasana, kaedah dan silibus yang digunakan.

“Saya rasa berminat mahu hantar anak ke sini bila tengok suasananya. Mula-mula anak tidak yakin tapi bila pujuk dan tunjuk gambar sekolah dia baru minat.

“Bila cakap ramai kawan-kawan nanti kat Brainy Bunch dia mula rasa seronok nak datang. Hari ini semua Alhamdulillah baik-baik sahaja dan dia tak menangis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain itu seorang lagi bapa, Syah Fazli Shahrun berkata, isterinya nampak lebih rasa gementar berbanding anak untuk hadir pada hari pertama di Brainy Bunch hari ini.

“Anak saya tidak masalah, tapi isteri pula lebih gementar hari ini. Anak kedua saya ini lain sedikit kerana lebih gemar bermain dan oleh sebab itu saya hantar dia ke Brainy Bunch.

“Saya dan isteri memilih Brainy Bunch kerana silibusnya tidak konvensional dan memberi keseronokan kepada kanak-kanak. Keadaan itu sesuai dengan anak saya.

“Hari pertama prapersekolahan suasananya gamat sedikit kerana perlu bangun awal. Berlaku ‘drama’ dan terpaksa pujuk untuk mandi dan menangis di bilik mandi,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraida Mohd. memaklumkan sebab utama dia menghantar anak ke prasekolah Brainy Bunch ialah untuk membiasakan anaknya itu dengan persekitaran di situ.

“Hari ini saya hantar anak ke tiga ke Brainy Bunch, tahun lepas dia dah dihantar ke sini. Pada masa akan datang saya merancang untuk hantar anak saya bersekolah di sini.

“Anak saya sudah tahu akan mula sesi persekolahan tetapi biasalah, tetap juga menangis. Keadaan reda bila dia jumpa kawan-kawan lama, mula bermain dan tidak menangis lagi.

“Saya yakin, guru-guru di Brainy Bunch dapat kendalikan anak-anak dengan baik. Sebab itu tidak risau mahu hantar anak ke sini,” katanya.- #malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here