Taman tema MAPS ditutup berkuat kuasa hari ini

0
547

IPOH – Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) yang dibangunkan dengan kos RM520 juta di sini ditutup bermula hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Taman Tema MAPS di Ipoh, Perak.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.

Segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali, menurut notis berkenaan.

Pada 4 Disember lepas, media tempatan melaporkan bahawa Affin Investment melantik Datuk Duar Tuan Kiat dari Messrs Ernst & Young sebagai penerima dan pengurus hartanah milik ATP, yang juga operator MAPS.

MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here