“Tawaran syarikat asing lebih menyeluruh, strategik”

0
117

CYBERJAYA – Beberapa syarikat penerbangan antarabangsa dilaporkan sebagai berminat untuk melabur di dalam Malaysia Airlines.

Memetik laporan Reuters, sumber menyebut Air France-KLM ingin melabur sehingga 49 peratus, manakala Japan Airlines turut menunjukkan minat dengan tawaran pegangan yangnlebih kecil iaitu 25 peratus.

Sumber itu turut mendedahkan pengendali pesawat tambang murah AirAsia Group Bhd. dan Malindo Air telah turut menyerahkan tawaran mereka.

“Tawaran daripada syarikat asing, bagaimanapun, adalah lebih menyeluruh dan strategik kerana kedua-duanya bercadang untuk menjadikan lokasi Malaysia yang strategik sebagai pusat operasi mereka,” kata sumber itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here