Tentera Laut Peru tahan kapal selam bawa dadah

0
212

CYBERJAYA 13 Dis. – Tentera Laut Peru berjaya menahan sebuah kapal selam kecil yang membawa dua tan dadah jenis kokain, Sabtu lalu.

Memetik laporan portal DailyMail, kapal selam tersebut yang dipercayai dalam perjalanan dari Ecuador ke Mexico, ditahan kira-kira 200 batu dari bandar Talará, kata jurucakap kerajaan dalam satu sidang akhbar, kelmarin.

Empat anak kapal turut ditahan, dengan dua daripadanya warganegara Colombia, manakala masing-masing satu dari Mexico dan Ecuador.

“Namun pada masa ini kami masih belum mengetahui pemilik dadah ataupun sindiket yang terlibat,” kata jurucakap tersebut.

Menurut Pusat Kajian Globalisasi, nilai kokain yang dirampas adalah USD60 juta (RM246 juta) di pasaran Amerika Syarikat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here