Terengganu sasar negeri pertama bebas hutang pada 2021

0
231

CYBERJAYA 31 Dis. – Terengganu bercadang menjadi negeri pertama bebas hutang dengan Kerajaan Pusat melalui pembayaran hutang berjumlah RM400 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, usaha melangsaikan hutang tertunggak secara maksimum itu merupakan sebahagian daripada azam sempena sambutan tahun baharu esok.

”Terengganu bakal menjadi negeri pertama bebas hutang pada 2021. Doakan”, kata beliau dalam laman facebook miliknya.

Sebahagian daripada projek gergasi di negeri itu adalah projek Bandar Baru Kuala Nerus, Bandar Baru Kijal dan bebebrapa projek di Tasik Kenyir.

Walaupun keadaan ekonomi negeri Terengganu pada masa kini dilihat perlahan namun bayaran tetap akan diteruskan. – #malakattribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here