Tesco kaji kemungkinan jual operasi di Malaysia dan Thailand

0
162

CYBERJAYA 9 Dis.- Rangkaian pasar raya terbesar UK, #Tesco mengumumkan bahawa pihaknya sedang menjalankan kajian strategik terhadap perniagaannya di Thailand dan Malaysia.

Memetik laporan Reuters semalam, Tesco Plc. berkata, kajian tersebut termasuk kemungkinan untuk menjual operasi mereka di kedua negara tersebut.

“Berikutan minat (daripada beberapa pihak), kami telah memulakan kajian strategik terhadap operasi kami di Thailand dan Malaysia, termasuk evaluasi bagi menjualnya,” kata Tesco dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu bagaimanapun, kajian ini masih di peringkat awal dan belum ada keputusan mengenai masa depan perniagaan kami di Thailand dan Malaysia. Tidak ada jaminan sebarang transaksi akan dimaktubkan.

“Kami akan mengumumkan keputusan tersebut pada waktu yang sesuai,” kata kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, Tesco beroperasi di 1,967 buah stor di Thailand, diikuti 74 di Malaysia. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here